Wednesday, January 13, 2010

Jawapan Balas Atas Pertanyaan Penduduk Blok 10

1) Benarkah pengerusi persatuan mengaut keuntungan dari kos membuat parking kereta ini untuk dirinya sendiri serta ajk yg lain ?
2) Berapa ribukah yg telah dibelanjakan oleh persatuan utk membuat petak parking ini ?
3) Benarkah setiap ajk persatuan dan jmb mendapat komisyen dari projek ini ?
4) Benarkah terdapat pilih kasih dlm sistem pembahagian petak parking ?
5) Berapakah tender yg sebenarnya dibuka untuk projek ini ?
6) Benarkah jmb yg lama dibawah sdr Jimmy telah dihalang oleh persatuan utk membuat perlaksanaan petak parking ini kerana sentimen bangsa ?
7) Pihak persatuan tidak pernah mahu membantu jmb yg lama dahulu, benarkah ?
8) Benarkah ajk jmb sekarang ini mengambil upah serta mengaut keuntungan memperbaiki rumah penduduk ?
9) Benarkah pengerusi persatuan dan jmb mengunakan duit persatuan serta jmb untuk membayar makan minum bila berborak kosong setiap malam di restoran ?
10) Benarkah ajk persatuan telah menganiaya bekas org kuatnya kerana politik dalaman ?
11) Benarkah rumah bekas org kuatnya di serbu pencegah maksiat tanpa usul periksa kerana dengki ? ( Kalau benar kasihan pada anak beranak tersebut).
12) Benarkah gaji bulanan pengerusi jmb mencapai 4 angka ?
13) Benarkah perlantikan ajk jmb sebenarnya tidak sah ?
14) Benarkah akaun jmb kelam kabut kerana byk pembaziran wang ?
15) Benarkah jmb mengunakan wang sinking fund kerana kutipan tiap bulan tidak cukup ?
16) Kenapakah tidak ada kaum lain dalam persatuan penduduk dan jmb ?
17) Benarkah persatuan penduduk byk membuat aktiviti yg tidak berfaedah kpd penduduk serta membazirkan wang ?
18) Benarkah 80% penduduk tidak setuju dengan projek parking ini ?
19) Kenapakah penyata kewangan persatuan tidak pernah diumumkan ? Benarkah terdapat penyelewengan ?
20) Benarkah persatuan penduduk ini sebenarnya tidak sah atau tidak berdaftar ?

JAWAPAN DARI PERTANYAAN DI ATAS.

1. Pengerusi dan AJK Persatuan tidak pernah mengaut keuntungan dari sebarang projek yang dilaksanakan, malahan terguna duit sendiri dalam projek berkenaan kerana kalau nak claim nilainya tidak begitu banyak.

2. Persatuan hanya melaksanakan projek parking ini. Kosnya ditanggung oleh pihak JMB yang bernilai RM17,000.

3. AJK Persatuan dan JMB tidak pernah mendapat apa-apa komisyen dari sebarang projek yang dilaksanakan. Sebarang projek yang dilaksanakan oleh Persatuan dan memperoleh keuntungan akan dimasukkan ke dalam akaun persatuan. Kami tak makan satu sen pun dari duit orang ramai.

4. Pembahagian petak parking mengikut turutan kedudukan tangga setiap blok. Terdapat beberapa blok yang menghadapi masalah pembahagian kerana bilangan lot parking yang terhad dan terpaksa mengambil lot parking blok yang lain. Tiada istilah pilih kasih dalam pembahagian lot parking ini.

5. Kita memperolehi 3 sebutharga (Boleh refer pada JMB nilai sebenar) a) RM19,000 lebih b) RM18,000 lebih dan c) RM17,000 lebih. Kita ambil yang c seperti nilai yang saya nyatakan di atas tadi.

6. JMB yang lama tidak mahu bekerjasama dengan Persatuan dalam perlaksanaan lot parking ini (Kata Saudara Jimmy, wang takda). Walaupun pihak persatuan mendesak supaya perlaksanaan lot parking ini dipercepatkan. Tuan-tuan sendiri tahu, persatuan telah memanggil semua penduduk berbincang di padang permainan bersama AJK JMB ketika itu. Kalau persatuan tidak mahu bekerjasama, buat apa kita panggil penduduk untuk berbincang.

7. Phak persatuan telah berusaha untuk membantu pihak JMB yang dahulu, tetapi saudara Jimmy memperlekahkan sebarang cadangan yang kita kemukakan. Contohnya projek lot parking dan autogate. Projek parking dia jawab duit tak da, projek autogate dia kata nanti palang ketuk kereta orang, kena petir dan sebagainya. Jangan salahkan persatuan dalam hal ini. Kita tengok sambutan hari keluarga yang persatuan anjurkan. Pihak persatuan menyediakan satu tempat untuk pihak JMB ketika itu untuk membuka kaunter bayaran dan pertanyaan, namun tiada seorang pun AJK JMB ketika itu yang hadir. Inikah yang dikatakan pihak persatuan tidak membantu?

8. AJK JMB tidak mengambil upah dalam sebarang kerja-kerja yang dilaksanakan. Mereka hanya mendapat elaun bulanan yang boleh diterima seperti termaktub dalam akta 663.

9. Bayaran makan dan minum kami bayar sendiri menggunakan duit masing-masing. Tidak ada satu sen pun duit JMB dan persatuan digunakan dalam hal ini. Kadang-kadang kita tolong bayar makan-minum orang yang dikatakan orang kuat ni. Kita minum tea 'O', dia minum Fresh Oren. Patutnya dialah yang bayar. Sebab dia baru lepas menang main golf.

10. Bekas orang kuat.

Sebenarnya dia ni bukan dari kalangan AJK persatuan ataupun JMB. Dia hanyalah seorang kawan sahaja yang selalu bergaul dengan AJK (Dahulu kawan, sekarang macam tak kawan dah).

11. Memang pencegah maksiat telah menyerbu rumah dia (yang dikatakan orang kuat, tak tahu sekuat mana?)

Memang patut pun pencegah maksiat membuat tindakan. Dia bersekedudukan dengan seorang perempuan yang didakwanya anak angkat. Mengikut syariat Islam, anak angkat (atau pun anak tiri) bukannya muhrim dan tidak boleh tinggal bersama dengan pasangan yang bukan muhrim. Kami sebagai kawan-kawan telah banyak kali memberi nasihat namun tidak diendahkan dan pihak kami telah refer pada pihak masjid dan JAIS. Pihak masjid menyatakan, jika benar pihak kami juga dikira bersyubahat dan akan menanggung dosanya sekali. Jadi pihak kami tidak mahu menanggung dosa yang orang lain buat. (Orang melayu kata dosa kering). Bukan itu sahaja, pihak persatuan dengan kerjasama masjid telah membuat tangkapan di blok M13A, malam raya kedua AidilAdha yang lepas. Alhamdulillah, hasil tangkapan itu, mereka sekarang dah diijab kabulkan. Inilah yang kita mahu. Mencegah kemungkaran dan mengujudkan kebaikan)

2. Gaji bulanan Pengerusi JMB mencapai 4 angka. Gaji tu dia terima dari syarikat yang dia bekerja. Bukan dari JMB. Pengerusi JMB hanya mendapat elaun sebanyak RM200, Setiausaha, bendahari RM150 dan AJK RM100 sebulan sebagai elaun yang dibenarkan mengikut akta 663. (Tapi kerja tak tentu masa sampai ke pagi, dapat elaun taklah sebanyak mana).

3. Perlantikan AJK JMB dibuat pada EGM yang lepas oleh penduduk yang hadir dan EGM itu adalah sah dan diterima oleh COB mengikut peruntukan akta 663.

4.Akaun JMB sekarang ini sudah stabil atas usaha Pengerusi dan AJK JMB yang baru ni.

Akaun JMB ini diterima daripada JMB yang terdahulu dalam nilai RM0 yang telah ditinggalkan oleh saudara Jimmy. Saya pun tak tahu macammana akaun JMB yang lalu boleh jadi zero. (Kena tanya saudara Jimmy pengerusi JMB yang lepas). Saudara Jimmy juga telah meninggalkan hutang bayaran sewa pejabat JMB, bayaran insurance bangunan(AJK JMB yang baru terpaksa kutip semula dari penduduk selepas mengambil alih jawatan dari AJK lama)dan cukai tanah yang tidak dibayar serta tunggakan bil-bil elaktrik serta bil air yang mencecah ribuan ringgit. Semua ini telah diselesaikan oleh Pengerusi dan AJK JMB yang ada sekarang ini. Kita boleh check akaun yang ditinggalkan oleh Jimmy ini di pejabat JMB yang masih belum diaudit walaupun bayaran audit telah dibuat oleh saudara Jimmy kepada syarikat audit berkenaan. Saudara boleh check akaun JMB sekarang, yang dapat menjana kewangan secara berkesan dan teratur selepas kita laksanakan penguatkuasaan autogate.

15. JMB menggunakan duit sinking fund bagi perlaksanaan autogate (Telah mendapat kelulusan daripada COB dan mesyuarat EGM yang lepas. Penduduk sebulat suara meluluskan pengguna sinking fund sebanyak RM50,000.00 untuk 3 kegunaan iaitu : Autogate, penyediaan lot parking dan penurapan jalan yang rosak) Surat kebenaran/kelulusan dari COB menggenai penggunaan sinking fund ini boleh dirujuk di pejabat JMB)

16. Kenapa tidak ada kaum lain dalam persatuan penduduk dan JMB. (Boleh lihat pada senarai AJK yang kita tampal disetiap blok dahulu - telah dikoyakkan oleh mereka yang tidak bertanggung-jawab)

Maklumat yang saudara terima salah dan tidak benar. AJK Persatuan terdiri daripada En. Pun Che Wa (seorang berbangsa cina dari blok 11), En. Maitin (seorang yang berasal dari Sabah (Tidak diketahui berbangsa apa) - Blok 10)

AJK JMB diwakili oleh En. Kumar (Bangsa India) dari blok 16

Jadi tidak timbul kaum melayu memonopoli jawatan dalam persatuan dan JMB.

17. Aktiviti yang dilaksanakan oleh persatuan penduduk semuanya mempunyai manafaat kepada penduduk.

Pada tahun lepas, persatuan telah menganjurkan hari keluarga bagi merapatkan hubungan silaturrahim dan semanggat kejiranan di kalangan penduduk. Penganjuran hari keluarga ini juga telah menggubah akaun persatuan dari RM1500.00(hanya duit ahli sahaja ketika itu) melonjak ke RM5353.00 (pertambahan atas keuntungan yang diperolehi dari penaja-penaja seperti Telekom Sale KL, Takaful, Hong Leong Bank, CNI Jutawan, YAB ADUN Balakong, Vico, Jusco, Bintang, Tesco dan kedai-kedai disekitar pangsapuri kita) Adakah ini yang dikatakan menyelewengkan duit persatuan dan tidak memberi manafaat kepada penduduk? (Bagi penduduk yang tidak ingin bercampur dengan masyarakat mungkin aktiviti ini tidak berfaedah kepada mereka.)

Selain itu majlis sambutan hari raya Aidilfitri (bertujuan mengeratkan hubungan sesama jiran tetangga), Kejohanan Futsal antara blok Waja yang disertai oleh penduduk Pangsapuri Waja ini dengan sambutan yang begitu mengalakkan (bertujuan mengujudkan penduduk yang aktif disamping boleh mengenali sesama penduduk), Majlis sembahyang hajat di Padang permainan (untuk meminta dijauhkan daripada ancaman pecah rumah - [adakah yang bertanya hadir pada majlis tersebut]). Walaupun majlis ini di khususkan untuk orang Islam, tetapi ada di kalangan penduduk yang berbangsa Cina hadir pada majlis tersebut memberi sokongan, Program motivasi pelajar di Pangsun (Melatih anak-anak cara berdikari dan memotivasikan diri yang disertai oleh anak-anak berbagai bangsa seramai 50 orang) dan banyak aktiviti lagi yang dijalankan untuk penduduk termasuk pembahagian lot parking ini. ADAKAH SEMUA AKTIVITI INI TIDAK MEMBERI FAEDAH KEPADA PENDUDUK?

Dan semua aktiviti yang persatuan jalankan ini semuanya menjana kewangan kepada persatuan melalui penaja yang kita dapat atas usaha AJK semua. (Kita boleh lihat akaun yang akan dipaparkan nanti. Hanya setahun sekali bukan tiap-tiap bulan)

Dan yang paling memberi kesan kepada penduduk adalah kerjasama Persatuan Penduduk dengan pihak TV3 membuat liputan di Pangsapuri Waja ini mengenai Kebanjiran Warga Afrika yang disiarkan secara bersiri dalam Buletin Utama. Perkara ini dimajukan kepada Kementerian Dalam Negeri dan seterusnya dibahaskan di dalam sidang Parlimen sehingga berlanjutan kepada operasi besar-besaran menangkap warga Afrika ini diseluruh Malaysia, termasuk di kawasan kita sehingga tertutupnya Cafe Joerfa (African Cafe - tempat berkumpul warga Afrika ini) dihadapan kawasan perumahan kita ini dan menggurangkan kebanjiran warga Afrika ini di kawasan kita. ADAKAH INI AKTIVITI PERSATUAN YANG TIDAK MEMBERI MANFAAT DAN FAEDAH KEPADA PENDUDUK?

18. Penduduk yang hadir pada perjumpaan diantara persatuan dan penduduk 100% bersetuju supaya pembahagian lot parking ini dilaksanakan dengan segera dan bersetuju menyerahkan kepada persatuan dan JMB (Ketika di bawah kelolaan Saudara Jimmy) untuk mengatur lot parking berkenaaan. Namun bila perbincangan dibuat dengan JMB ketika itu, pihak JMB menolak untuk melaksanakan projek ini.

19. Tidak terdapat penyelewengan dalam penyata kewangan persatuan. (Malah kita menjana kewangan persatuan dengan lebih efektif).Penyata kewangan akan diumumkan kepada semua ahli(ahli sahaja, yang bukan ahli tidak layak - yang belum jadi ahli silalah menjadi ahli) setahun sekali iaitu bulan Mac. Sebab kita mesyuarat agung yang pertama bulan Mac 2009, maka akaun persatuan akan dipaparkan dan dihantar kepada setiap ahli pada 31hb. Mac 2010. (nanti boleh lihat, adakah penyelewengan yang berlaku. Jika ada pihak kami menyarankan ahli buat laporan pada SPRM dan pihak kami rela berundur diri. Jika Penyata kewangan kami telus dan amanah, berilah sokongan dan semangat kepada kami untuk memberi khidmat pada masyarakat)

20. Persatuan Penduduk kita adalah sah disisi undang-undang dan telah didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan atas Nama Persatuan Pendududk Pangsapuri Waja, Taman Tun Perak Cheras, Kuala Lumpur dengan nombor pendaftaran 1833-08-WKL (Boleh semak di pejabat pendaftar pertubuhan)

KALAU TAK DAFTAR ATAU TIDAK SAH, MACAMMANA NAK BUKA AKAUN BANK. Pihak bank memerlukan nombor pendaftaran pertubuhan, baru boleh buka akaun pertubuhan. Kalau tak percaya cuba pergi tanya pihak bank.

Jadi, saya sebagai Yang Dipertua Persatuan penduduk, berharap penjelasan yang diberikan dapat memuaskan dan menerangkan keadaan dan perkara yang sebenar tentang situasi yang dikemukakan.

Untuk Penjelasan dan mengetahui tentang aktiviti Persatuan dan JMB, jangan segan silu bertanya dan berbincang dengan AJK-AJK yang terlibat. Jangan bertanya pada pihak ketiga yang mungkin jawapan yang diterima tidak tepat dan mengelirukan.

Seelok-elok dan semolek-moleknya, bergaullah dengan masyarakat supaya semangat kejiranan kita teguh dan utuh untuk menjamin kesejahteraan dan keharmonian kita di Pangsapuri Waja ini.

UNTUK PENGETAHUAN SEMUA, AHLI PERSATUAN CUMA 150 ORANG SAHAJA. YANG LAIN BELUM MENDAFTAR SEBAGAI AHLI.

SATU LAGI AKTIVITI PERSATUAN YANG AKAN MEMBERI MANFAAT DAN FAEDAH KEPADA PENDUDUK AKAN DIANJURKAN, IAITU PERLAKSANAAN KHAIRAT KEMATIAN MELALUI TAKAFUL. DIHARAP SEMUA PENDUDUK AKAN MENYERTAI PROGRAM INI. BORANG AKAN DIEDARKAN SEDIKIT MASA LAGI

Sekian, terima kasih

Salim bin Abas

Yang Dipertua

Persatuan Penduduk Pangsapuri Waja

Taman Tun Perak Cheras, Kuala Lumpur

No pendaftaran Pertubuhan (1833-08-WKL)

Sunday, January 10, 2010

PENGUATKUASAAN SISTEM SATU RUMAH SATU PARKING

Terlebih dahulu pihak Jawatankuasa Persatuan dan JMB mengucapkan terima kasih atas sokongan tuan/puan semasa kerja-kerja mengecat lot parking berkenaan. Pembahagian lot parking ini dibuat atas permintaan penduduk untuk menjamin setiap penduduk mempunyai satu parking bagi setiap rumah dan pada perjumpaan yang diadakan pertengahan tahun lalu, penduduk sebulat suara bersetuju untuk menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada persatuan.

Pihak persatuan dan JMB telah memikirkan cara yang terbaik dalam proses pembahagian lot parking ini. Mungkin ada yang tidak berpuas hati dengan pembahagian lot parking ini, tetapi pihak persatuan mengambil suara majoriti penduduk yang bersetuju.

Penguatkuasaan sistem lot parking satu rumah satu parking ini akan bermula pada 11hb. Januari 2010. Semua penduduk diminta meletakkan kenderaan masing-masing pada petak parking yang telah ditetapkan untuk mereka. Tuan/puan tidak dibenarkan meletak kenderaan di petak parking orang lain, petak yang dicat palang kuning, loading bay dan pili bomba.

Sekiranya tuan/puan meletakkan kenderaan dilot parking orang lain atau ditempat yang tidak dibenarkan, kenderaan tuan puan akan dikunci dan dengan RM50.00 akan dikenakan untuk membuka kunci berkenaan.

Kerjasama dari semua penduduk amatlah diperlukan untuk menjayakan proses penguatkuasaan ini dan supaya tidak timbul sebarang masalah.

Sekian, terima kasih

YDP PPPW