Rasanya sudah sekian lama Blog Waja sepi tanpa berita, bukan tiada cerita atau tiada aktiviti tapi pengarang tiada masa kerana banyak kerja yang perlu diutamakan. Kepada sesiapa yang berminat untuk up date blog waja amatlah dialu-alukan.
Monday, October 3, 2011
Tuesday, October 5, 2010
PERLAWANAN BOLASEPAK PERSAHABATAN PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI WAJA vs PERSATUAN PENDUDUK CHERAS PERDANA
Satu perlawanan bolasepak persahabatan antara Persatuan Penduduk Pangsapuri Waja Vs Persatuan Penduduk Cheras Perdana telah diadakan pada 3hb. October 2010 bertempat di padang bolasepak Cheras Perdana. Perlawanan ini memperlihatkan PPPW kecundang dengan jaringan 2 - 5.
Dengan adanya aktiviti seperti ini akan dapat mengerakkan persahabatan antara Pangsapuri Waja dengan Taman-taman sekeliling. Kemungkinan akan ada banyak lagi perlawanan persahabatan seperti ini akan diadakan. Dalam waktu yang terdekat ini, satu perlawanan bolasepak persahabatan antara Persatuan Penduduk Pangsapuri waja dengan Persatuan Penduduk Impian Ehsan sedang diusahakan.
Diharap lebih ramai penyertaan dari kalangan penduduk Pangsapuri Waja akan melibatkan diri dalam aktiviti seperti ini. Permainan Futsal kita jalankan setiap malam minggu bertempat di The Chelengger Sport Center jam 10.00 malam. Kehadiran penduduk Pangsapuri Waja sangat digalakkan. Kutipan yuran Futsal sebanyak RM40.00 dikenakan bagi setiap pemain Futsal.
Sekian, terima kasih.
Sunday, May 16, 2010
Perlawanan persahabatan dengan Perkeso.
Sunday, May 9, 2010
Futsal kembali meriah
( Klip video futsal )
Pangsapuri Waja, 09 May 2010 : Aktiviti sukan futsal kembali meriah malam tadi di Pusat Sukan Challenger. Harapannya semoga minggu depan akan lebih meriah lagi dengan lebih ramai kehadiran sahabat2 yang lain, seperti Bad, Wan, Nobli, Khir, Khairi, Zairi, Roslan, Sharul, Naim, Maskor, Zainal, Mazlan, Kumar dan yang lain2.
Text, video dan photo ini disediakan oleh :
Aku bukan Din Beramboi.... hehehe
Friday, May 7, 2010
SYABAS uji pili bomba.
Tuesday, April 27, 2010
Masihkah kau ingat .......
Assalamualaikum...... Sahabat2 ku,
Sedih sungguh melihat sambutan ataupun kehadiran sahabat2 sewaktu setiap kali aktiviti sukan futsal yang diadakan setiap malam sabtu. Menjadi tanda tanya kepada sahabat2 yang kerap datang untuk bermain. Kemanakah menghilangnya sahabat2 yang dulu yang selalu atau tidak pernah 'miss' bermain.
Sibuk ? Atau ada aktiviti lain ? Adakah setiap hari sabtu malam anda sibuk ? Adakah setiap hari sabtu malam anda mempunyai aktiviti lain ?
Kenapa sahabat2, tidakkah boleh meluangkan masa hanya untuk beberapa jam kita memeras peluh untuk bersukan bersama2 ? Tidakkah boleh aktiviti atau kesibukkan lain itu ditunda ?
Masihkah sahabat2 masih ingat suatu ketika dahulu betapa meriahnya kita ber'futsal' bersama2. Setiap kali selepas bermain, kita akan duduk minum beramai2 bersama2. Dari gelanggang Yamak hinggalah berpindah ke Challenger, kita bagaikan satu keluarga yang amat rapat serta mesra. Rindu sungguh bila mengenangkan kembali saat itu. Sedih pun ada, hmmmmmmmmmm....
Atau adakah mungkin adanya 'virus' yang menyerang kemesraan kita, kesepakatan kita dan perpaduan kita.
Sahabat2 ku, janganlah hanya kerana 'virus2' perosak ini, hubungan kita renggang. Kita adalah penduduk2 di sini, bagaikan sebuah kampung. Yang pasti, ada diantara kita yang akan menetap disini hingga ke hari tua. Susah senang nanti kita akan bersama mengharungi kehidupan di Pangsapuri Waja ini.
Saya seru, kita ikatkan kembali ikatan persaudaraan kita bagaikan sebuah keluarga yang pernah kita jalinkan dahulu. Jika ada persengketaan atau terguris hati, ketepikanlah ia sebagaimana hubungan adik dan abang didalam sesebuah keluarga. Atau berbincang dalam menyelesaikan apa2 masalah pun seperti didalam sebuah keluarga.
Atau adakah ada sindrom 'puak' diantara kita? Mengapa dan kenapa? Bagaimana dan macamana? Mengapakah harus ada perasaan itu didalam hati kita, sahabat2? Bukankah kita menetap di satu kawasan bersama. Sahabat2 ku, marilah kita tolak ketepi fahaman 'berpuak' ini demi kemajuan dan demi ikatan persahabatan kita. Baik 'puak' yang ini atau 'puak' yang itu, marilah kita bersatu. Bersatu, bukanlah hanya untuk aktiviti futsal, sepaktakraw dan badminton sahaja. Tetapi bersatu untuk masa depan kita di Pangsapuri Waja ini. Marilah kita bersatu kembali, berbincang bersama2 demi kebaikan kita bersama.
Marilah kita bermuafakat.
'Kawan' memang senang dicari..... Tetapi 'sahabat' sukar dicari ganti !!!
Sahabat2, jika ada keluhan serta tanda tanya saya ini menyinggung perasaan atau menguris hati anda..... maafkanlah saya !! Saya hanya tidak mahu kehilangan sahabat2 yang pernah gelak tawa bersama suatu ketika dahulu. Dan jika sebenarnya luahan ini dianggap 'serkap jarang' saya atau bukan berpunca dari 'virus' atau 'puak'..... lagi sekali saya pohon kemaafan !! Saya bukanlah hendak menunjuk bagus dan saya pun bukanlah 'Manusia di blok M15' yang sempurna. Yang baik adalah dari ALLAH, yang jahat adalah dari kita. Subuh2 ni terlayan blues lak pulak. Hanya di blog ini sahaja saya dapat meluahkan nya..........
Ikhlas dari saya ........ Rudy Hamengkubawono Part II atau paling senang, Syed.... hehehe.
p/s......... Moral of the story nya ialah, apakata hari Sabtu ini kita penuhkan balik Challenger tu.

Tuesday, April 20, 2010
Futsal setiap hari Sabtu.
Adalah di maklumkan, PppW melalui kelab sukannya telah mengadakan aktiviti sukan futsal setiap hari Sabtu, jam 10 malam hingga ke 12malam di Pusat Sukan Challenger, Cheras. Semua penduduk yang berminat di alu2kan untuk menyertainya.
Setiap bulan Kelab Sukan PPPw akan mengutip bayaran sebanyak RM40 dari sesiapa yang berminat menyertainya. RM40 seorang ini adalah untuk menjelaskan bayaran gelanggang selama sebulan (gelanggang futsal telah ditempah selama setahun).
Aktiviti ini adalah untuk mengeratkan lagi silatulrahim dan perpaduan di antara penduduk2 di Pangsapuri Waja tanpa mengira kaum (AFRICAN ARE NOT WELCOME !!).
Disamping itu ia adalah bertujuan untuk menubuhkan serta memperkuatkan lagi pasukan futsal Pangsapuri Waja yang sekian wujud.
Jika ada individu2 yang berminat untuk menyertai aktiviti ini bolehlah menghubungi Encik Salim @ 019-2573254, Encik Zawari @ 013-6061588 dan Encik Rudy @ 019-2727434.

Subscribe to:
Posts (Atom)