Tuesday, April 27, 2010

Masihkah kau ingat .......

Assalamualaikum...... Sahabat2 ku,

Sedih sungguh melihat sambutan ataupun kehadiran sahabat2 sewaktu setiap kali aktiviti sukan futsal yang diadakan setiap malam sabtu. Menjadi tanda tanya kepada sahabat2 yang kerap datang untuk bermain. Kemanakah menghilangnya sahabat2 yang dulu yang selalu atau tidak pernah 'miss' bermain.

Sibuk ? Atau ada aktiviti lain ? Adakah setiap hari sabtu malam anda sibuk ? Adakah setiap hari sabtu malam anda mempunyai aktiviti lain ?

Kenapa sahabat2, tidakkah boleh meluangkan masa hanya untuk beberapa jam kita memeras peluh untuk bersukan bersama2 ? Tidakkah boleh aktiviti atau kesibukkan lain itu ditunda ?



Masihkah sahabat2 masih ingat suatu ketika dahulu betapa meriahnya kita ber'futsal' bersama2. Setiap kali selepas bermain, kita akan duduk minum beramai2 bersama2. Dari gelanggang Yamak hinggalah berpindah ke Challenger, kita bagaikan satu keluarga yang amat rapat serta mesra. Rindu sungguh bila mengenangkan kembali saat itu. Sedih pun ada, hmmmmmmmmmm....

Atau adakah mungkin adanya 'virus' yang menyerang kemesraan kita, kesepakatan kita dan perpaduan kita.

Sahabat2 ku, janganlah hanya kerana 'virus2' perosak ini, hubungan kita renggang. Kita adalah penduduk2 di sini, bagaikan sebuah kampung. Yang pasti, ada diantara kita yang akan menetap disini hingga ke hari tua. Susah senang nanti kita akan bersama mengharungi kehidupan di Pangsapuri Waja ini.

Saya seru, kita ikatkan kembali ikatan persaudaraan kita bagaikan sebuah keluarga yang pernah kita jalinkan dahulu. Jika ada persengketaan atau terguris hati, ketepikanlah ia sebagaimana hubungan adik dan abang didalam sesebuah keluarga. Atau berbincang dalam menyelesaikan apa2 masalah pun seperti didalam sebuah keluarga.

Atau adakah ada sindrom 'puak' diantara kita? Mengapa dan kenapa? Bagaimana dan macamana? Mengapakah harus ada perasaan itu didalam hati kita, sahabat2? Bukankah kita menetap di satu kawasan bersama. Sahabat2 ku, marilah kita tolak ketepi fahaman 'berpuak' ini demi kemajuan dan demi ikatan persahabatan kita. Baik 'puak' yang ini atau 'puak' yang itu, marilah kita bersatu. Bersatu, bukanlah hanya untuk aktiviti futsal, sepaktakraw dan badminton sahaja. Tetapi bersatu untuk masa depan kita di Pangsapuri Waja ini. Marilah kita bersatu kembali, berbincang bersama2 demi kebaikan kita bersama.

Marilah kita bermuafakat.

'Kawan' memang senang dicari..... Tetapi 'sahabat' sukar dicari ganti !!!

Sahabat2, jika ada keluhan serta tanda tanya saya ini menyinggung perasaan atau menguris hati anda..... maafkanlah saya !! Saya hanya tidak mahu kehilangan sahabat2 yang pernah gelak tawa bersama suatu ketika dahulu. Dan jika sebenarnya luahan ini dianggap 'serkap jarang' saya atau bukan berpunca dari 'virus' atau 'puak'..... lagi sekali saya pohon kemaafan !! Saya bukanlah hendak menunjuk bagus dan saya pun bukanlah 'Manusia di blok M15' yang sempurna. Yang baik adalah dari ALLAH, yang jahat adalah dari kita. Subuh2 ni terlayan blues lak pulak. Hanya di blog ini sahaja saya dapat meluahkan nya..........

Ikhlas dari saya ........ Rudy Hamengkubawono Part II atau paling senang, Syed.... hehehe.

p/s......... Moral of the story nya ialah, apakata hari Sabtu ini kita penuhkan balik Challenger tu.

4 comments:

  1. betul tu, aku pun rasa mcm tu juga.... mana hilangnya teman2 yg dulu .... kenapa ini semua terjadi?? luahkan lah isi hati disini...

    marilah kita bincang di ruangan ini, kalau ada salah dan silap, marilah kita betulkan sama2... semoga kemesraan dulu kembali terjalin...
    buangkanlah yg keruh ambil yg jernih..

    nukilan..
    teman sedih

    ReplyDelete
  2. TAKDE KER KENGKAWAN LAIN YANG LAYAN BADMINTON.........JOM LAAA MAIN BADMINTON LAK...SELAIN FUTSAL NII......

    ReplyDelete
  3. salam sumer

    semlm adalah semlm,,,, hari ni adalah hari ni,,,, besok ntah mcammna???? oleh tu kita lupakan hal yg semlm, bersama kita renungkan hari yg esok. esok masih ada, semlm dah jadi sejarah. pastu ntah apa lg aku nak merapu kat sini. ntahlah. aku baru tau ada putra jawa kat waja ni. tp apa pun aku stuju luahan diatas. memang blues giler ah. sediy wooo

    pernah main futsal besama

    ReplyDelete
  4. allo bro,

    salam! takyah citer byk, nanti baldi ku tadahkan airmata mu!....hahahah!.....

    nama2 ini...sila mampir! aha, bad, zol, zidane, huzairi, wan, lan, messi, dato k, dato z, jim, jinbara, rela, huzairi, huzairi, huzairi dan aha..... woi!!!!!!!!!!!

    JOM AAA MAIN FUTSAL.......letih siooot main 10 org je..... hujung minggu ni free kan masa anda! Alaaaaaa....opis JMB tu tinggalkan sekejap! barang 1 jam je! lagipun kan dah ada 4 ekor anak naga bawah kabin tu........

    KEMPEN JOM FUTSALLLL.......

    Salam bro....

    ReplyDelete