Wednesday, March 18, 2009

Kem Bina Semangat Waja Sessi 2 / 2009.






















Pangsuun, Hulu Langat -- Satu Kem Bina Semangat Waja Sessi 2/2009 telah dianjurkan oleh Kelab Sukan Rekreasi Waja pada 14hb March 2009 hingga 15hb March 2009. Kem ini telah jalankan di Impian Rimba, Batu 22 Pangsuun, Hulu Langat dengan dikendalikan oleh En Syed Azahar dan En Nubli yang berpengalaman dalam bidang perkhemahan, mendaki gunung dan kayak serta survival. Ini adalah hasil cetusan ahli ahli kelab bagi menyemai semangat kerjasama dan ke'kita'an di kalangan anak-anak ahli kelab bagi melahirkan insan yang saling bantu membantu dan bersatu padu dan mantap dari segi jasmani, emosi, rohani, disiplin dan intelek bagi menjadi generasi yang berakhlak.

Antara program-program yang diadakan ialah :
1) Program menyerlahkan diri - agar para peserta tidak kekok dan malu untuk bercakap di khalayak ramai serta untuk memberi peserta keyakinan.

2) Program perkhemahan - peserta diperkenalkan dengan peralatan perkhemahan serta diarah untuk mendirikan khemah mereka sendiri secara berkumpulan.

3) Program pertolongan cemas - mengajar para peserta dengan asas-asas pertolongan cemas seperti asas bantuan cpr, pernafasan mulut ke mulut, cara membantu mangsa yang terkena letrik, patukan ular, melecur akibat kebakaran, apa yang perlu dilakukan dengan mangsa kemalangan kereta, apa yang perlu dilakukan sewaktu kebakaran dan lain-lain.

4) Program kepekaan - para peserta diajar tentang situasi keliling seperti bahaya eletrik, panahan petir, jalanraya, dan tempat yang bervoltan tinggi serta lain lain.

5) Program kerja berkumpulan - para peserta melalui permainan-permainan seperti mendengar arahan, mencari kumpulan yang hilang.

6) Program sungai - para peserta di ajar cara-cara mengimbangi badan sewaktu didalam air serta cara menyelamatkan kawan yang lemas.

7) Program kesedaran jenayah dan jenayah rasuah - para peserta diberi ceramah dan soal jawab berkaitan bahayanya rasuah oleh Encik Sharul dari SPRM.

8) Program ibadah - para peserta lelaki tidak dikecualikan dari menunaikan solat Maghrib dan Isyak serta Suboh yang di kendalikan oleh YM Raja Mohd Noor.

Pada hari penutup dan penyampaian sijil. Presiden Kelab Sukan Rekreasi Waja, En Salim Abas melahirkan rasa bangganya kerana ahli ahli kelab telah berkerjasama untuk menjayakan Kem yang kali kedua dianjurkan oleh Biro Rekreasi. Beliau berharap Biro rekreasi serta ahli-ahli kelab dari biro yang lain juga akan terus aktif dalam menganjurkan pelbagai aktiviti yang seterusnya. Beliau juga berharap aktiviti seperti ini akan terus di adakan untuk kebaikan anak-anak ahli serta anak-anak penduduk Pangsapuri Waja yang lain.

Sementara itu pengganjur dari Biro Rekreasi iaitu En Syed Azahar dan En Nubli mengucapkan terima kasih pada Presiden Kelab Sukan En Salim Abbas, Timbalan Presiden Kelab Sukan En Azian, Timbalan YDPertua Persatuan Penduduk Pangsapuri Waja En Ruslan, Setiausaha Kelab Sukan En Zawari, En Azhari dan En Sharul dari Biro Sukan, Ym Raja Mohd Noor dari Biro Kebajikan dan juga kepada pihak pengurusan Impian Rimba Pangsuun khususnya Tuan Haji Ishak dalam memberi kerjasama untuk menjayakan Kem Bina Semangat ini.

3 comments:

  1. salam,

    baguih program ni. napa sbelum buat tak habaq?

    ReplyDelete
  2. BAGUIH PROGRAM.SAYA SEKELAS DGN SALIM ABAS NI MASA DI SMDAS TAHUN 1986. SAZUAN SULAIMAN sazuan@prubsnadvisor.com.my

    ReplyDelete
  3. CADANGAN KEM BINA SEMANGAT WAJA SIRI 3/2009, AKAN DI ADAKAN PADA PENGAL CUTI PERSEKOLAHAN BULAN 11/2009 NI INSYALLAH TU PUN KALAU MNEDAPAT SAMBUTAN DARIPADA PENGHUNI PANGSAPURI WAJA TAMAN TUN PERAK. SEBARANG HEBAHAN AKAN DI MAKLUMKAN KEMUDIAN.

    ReplyDelete