Sunday, March 29, 2009

Waja VS Etiqa Takaful Maybank









Wangsa Maju - 27hb March 2009 : Perlawanan persahabatan yang telah di adakan diantara Waja Futsal Kelab Sukan dengan Etiqa Takaful Maybank berakhir dengan keputusan seri. Malah pengurus kedua-dua pasukan sehingga ke hari ini masih lagi pening mengira jumlah gol yang dijaringkan pada malam itu. Dan masing masing tidak tahu pasukan manakah yang terlebih menjaringkan gol. Oleh itu atas semangat kesukanan dan persaudaraan sesama Islam, perlawanan malam itu di istiharkan seri. Perlawanan malam itu berlangsung dengan penuh semangat kesukanan dan ke'waja'an selama dua jam.
Bila diminta komen daripada Ketua dan Pengurus pasukan Waja Futsal iaitu Encik Salim Abbas tentang perlawanan malam itu, beliau berkata saat yang paling genting dan mencabar ialah ketika beliau sesat untuk mencari gelanggang futsal itu. Namun beliau berbangga dengan aksi anak-anak buahnya pada malam itu. Beliau berharap pada masa akan datang, akan lebih ramai lagi penduduk Pangsapuri Waja yang akan turut serta dalam sukan futsal ini. Kerana itu beliau tidak kisah untuk mengeluarkan belanja minum di Kedai Awe sebanyak RM73/ untuk setiap kali selepas perlawanan futsal diadakan.
Manakala salah seorang penyerang utama Waja Futsal iaitu Encik Azhari berkata, konsentrasinya pada perlawanan itu untuk menunjukkan skill samba terganggu, akibatnya beliau banyak mengunakan tarian cha cha. Ini adalah kerana konsentrasinya lebih tertumpu kepada nyanyian karaoke yang berlangsung betul-betul di sebelah gelanggang futsal.

Majulah Sukan, Rekreasi dan Persaudaraan untuk Waja !

No comments:

Post a Comment