Tuesday, October 20, 2009

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 2009

Api ni besar sangat ni Khir........... Buang kan kayu tu sikit

Hai kepenatan ke.......

Antara tetamu yang hadir sedang menikmati hidangan

Hai! Takkan tengok jee

Makan bang.. Jangan malu-malu



Kaum ibu sedang rancak menyediakan makanan

Kaum bapa sedang asyik membakar lemang...



Kemeriahan sambutan Aidilfitri tahun ini oleh penduduk Pangsapuri waja terserlah pada 17Okt 2009 apabila penduduk sama-sama bergotong royong untuk menjayakannya. Kerjasama yang ditunjukkan begitu terserlah diantara satu sama lain.

Namun bukan semua penduduk yang ingin turut serta. Masih ada di kalangan penduduk kita yang masih memencilkan diri seperti tiada apa yang berlaku di sekelilingnya. Diharap sikap sebegini dapat dikikis. Bak kata pepatah melayu "JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT".

Diharap program sebegini akan terus dijalankan dari masa ke semasa untuk merapatkan semangat kejiranan kita.
"KEBAJIKAN DIJAGA, UKHWAH DIPELIHARA".

PPPW001

3 comments:

  1. sebagai salah seorang penduduk di taman tun perak, saya rasa terkilan dengan statement anda dengan mengatakan bahawa ade segelintir memencilkan diri walhal kita tidak dapat melibatkan diri sepenuhnya diatas sebab yang tidak dapat dielakkan. ade beberapa isu saya ingin ketengahkan seperti dibawah:

    1. Kenapa kad parking diblock sedangkan tunggakan kurang daripada RM100.
    2. Kenapa tempat meletakkan kenderaan masih tidak diagihkan seperti dijanjikan?
    3. Kenapa masih tidak ada tempat letak kereta untuk tetamu?


    Sebagai kejiranan yang prihatin, kita perlulah menitikberatkan kesenangan semua pihak tidak kira bangsa dan agama, bukan berpuak2. Malah, sebagai rakyat Malaysia, kita perlulah menghormati dan bukan menghukum hak individu.

    ReplyDelete
  2. ade beberapa isu saya ingin ketengahkan seperti dibawah:

    1. Kenapa kad parking diblock sedangkan tunggakan kurang daripada RM100.=ITU ABG KENA PERGI TANYA JMB LE, PERSATUAN TAK DAPAT NAK BANTU.
    2. Kenapa tempat meletakkan kenderaan masih tidak diagihkan seperti dijanjikan? =INSYALLAH DALAM MASA TERDEKAT NI HARAP SABAR YE,
    3. Kenapa masih tidak ada tempat letak kereta untuk tetamu? =NI PUN INSYALLAH DALAM MASA TERDEKAT NI HARAP SABAR YE,

    ReplyDelete
  3. Saya rasa statement yang itu betul. Mungkin yang ada hal tu memanglah tak dapat hadir. Tapi masih ramai yang tak ada hal, duduk di rumah je. Pun tak nak datang. Malah "masih ada di kalangan penduduk" Waja ini masih tak tahu lagi apa itu JMB. Hutang jangan cakap la. tak pernah bayar. Orang-orang seperti inilah yang dikatakan "masih ada di kalangan penduduk" bukan semua penduduk. Mungkin abang kat atas tu salah faham sikit pasal perkataan "masih ada di kalangan penduduk"

    Pasal kad kena block tu, minta saudara check balik dengan JMB, mungkin mereka tersalah.

    Pasal parking pula. Pihak JMB yang dulu telah menolak cadangan yang telah dipersetujui oleh Persatuan dan penduduk. Maka tak jadilah projek parking tu.
    Tapi JMB yang baru ni, dah terima usul kita dan baru serahkan pada persatuan pada 10hb. Nov 2009 yang lepas. InsyaAllah lepas hari raya Haji ni kita On. Harap bersabar sikit je lagi.

    Terima kasih

    ReplyDelete