Monday, November 9, 2009

LAPORAN TV3 TENTANG KEBANJIRAN WARGA AFRIKA DI PANGSAPURI WAJA

Satu laporan tentang kebanjiran warga Afrika telah disiarkan melalui Buletin Utama TV3 sebanyak dua siri pada 6 dan 7hb. November 2009.
Diharap dengan adanya laporan dari TV3 ini akan membuka mata pihak-pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yang sewajarnya dan seterusnya mengusir warga Afrika ini dari kawasan kediaman kita yang selama ini membawa kerisauan penduduk Pangsapuri Waja ini.

Melalui kerjasama Persatuan Penduduk Pangsapuri Waja dan JMB bersama TV3, maka dapatlah disiarkan laporan ini walaupun pihak persatuan dan JMB terpaksa bergaduh dengan warga Afrika ini yang menunjukkan sikap biadap mereka sehingga sanggup memanggil pihak polis bagi menghalang gambar-gambar mereka diambil dan mengumpamakan kita seperti pendatang pula. Terima kasih juga kepada pihak polis berkenaan yang menyebelahi pihak kita sehingga menyebabkan Restoran mereka terpaksa ditutup pada malam itu.

Sekali lagi diharap dengan laporan ini. Pihak-pihak yang berkenaan dapat menjalankan tindakkan selanjutnya.

PPPW001

4 comments:

  1. Taniah kepada Ahli Jawatankuasa Persatuan dan JMB kerana berjaya membawa isu Warga Negro ini kepada pihak TV3. Semoga dengan pendedahan ini mendapat perhatian pihak-pihak yang bertanggungjawab.

    p/s : Lain kali kalau nak panggil TV3 tu jangan lupa panggil kami semua, kami pun nak masuk TV juga, tak kan AJK je.....

    ReplyDelete
  2. Dari pemerhatian aku kat kawasan kita ni. Cuma 20% aje penduduk yg betul betul nak menghalau negro negro ni keluar. Yg lain duduk diam mcm negara ni bukan negara dia orang sendiri. Selagi negro ni tak kacau dia org selagi tulah duk diam dlm rumah.
    Ya laaa.... buat apa nak susah ! Persatuan penduduk kan ada. Tak daftar dlm persatuan penduduk pun, persatuan mesti berjuang utk mereka jugak kan... hmmm. Apa nak heran. Harap beberapa kerat tu ajelah yg berjuang menghalau negro negro ni. Ada gak yg ckp dasyat dasyat.... bapa saudara aku inilah.... nenek aku ini lahh.... syarikat yg terkenal tu bapa saudara aku punyalah..... Lor, kawan woi... kalo betui lu anak saudara org vip jgn ckp ajelah, gunakanlah pengaruh lu. tapi tak tau laaa betoi ke tidak? zaman skrg ni ramai yg kaki klentong. Hmmm....... Entahlah!

    Kesian kat org yg beli umah kat sini. Kebanyakkan yg byk buat hal adalah penyewa. Hampeh depa nie.......

    Aku rasalah kalo penduduk penduduk semua tak bersatu, cuma pentingkan diri sendiri aje. Tak mustahil lagi 10 tahun akan dtg akan ada anak anak dara kita atau jiran kita yg akan bercinta dengan mat mat negro ni. Time tu hah....
    tak pun lg 5 tahun akan dtg, negro akan jadi wakit rakyat di tempat kita.... hmmmmmmm.... boleh jadik kenyataan !

    ReplyDelete
  3. Sokong komen di atas !! Bravoooooo

    ReplyDelete
  4. bole x persatuan atau jmb bg surat amaran kpd tuan rumah yg sewa rumah kat negro? parasit parasit nie lah yg patut kena tindakan. tau nak untong aje.

    ReplyDelete