Sunday, November 15, 2009

Yuran Ahli Persatuan Penduduk Pangsapuri Waja

Adalah dimaklumkan bahawa akaun Persatuan Penduduk Pangsapuri Waja akan dipaparkan kepada ahli dalam masa terdekat ini. Penyata akaun ini akan ditampalkan di papan kenyataan di setiap tangga.

Untuk makluman ahli juga, masih ramai ahli yang belum membuat pembayaran yuran tahunan sebanyak RM30.00. Surat akan dikeluarkan kepada ahli yang belum membuat pembayaran yuran tersebut. Diharap setiap ahli dapat menjelaskan yuran ini dan boleh membuat pembayaran kepada bendahari persatuan.

Bagi penduduk yang belum menjadi atau mendaftar sebagai ahli persatuan, diharap mendaftarkan diri sebagai ahli persatuan.

Bagi ahli yang beragama Islam, Pihak persatuan akan mewujudkan khairat kematian dalam masa terdekat ini. Adalah digalakkan setiap ahli yang beragama Islam menyertai khairat kematian ini. Khairat kematian ini akan kita wujudkan dalam bentuk Insuran dan setiap peserta khairat akan dikenakan bayaran premium insuran yang akan ditetapkan kemudian selepas perbincangan dengan pihak insuran disepakati. Borang akan diedarkan kepada setiap ahli yang beragama Islam.

Sekian, terima kasih

PPPW001

5 comments:

  1. salam buat sumer,

    tahniah pppw dlam memprjuangkan hak pnduduk. tahniah jga kpada jmb kerna bgitu aktif mnyelenggara srta mmberi keslesaan kpda pnduduk. syabas, pppw & jmb adala adunan trbaik buat pnduduk. sya suka dan sya rasa sumer pnduduk pun suka. namun hrap pppw & jmb bleh mmperbaiki bbrapa klemahan srta klonggaran.
    mmang ckup slesa rasanye bila jmb dbantu pppw mmbuat krja ntuk kselesaan pnduduk. cuma yg tak slesa bila awang hitam ni trlalu byk kat tempat kita. mual & mnjijikkan. tahniah skali lagi buat en salim, en said & en sahidan dlam mgutarakan masalah pnduduk kpada tv3 baru ini.
    cuma satu yg saya nak tgur dsini ialah sdah krap kali saya trserempak guard srta bbrapa pnduduk brmain daun terup dbilik pngawal. tkut nanti kalu tak dtegur akan ada kasino dsitu nanti. satu lgi anjing liar masih brkeliaran ddlam kwasan kita.

    ReplyDelete
  2. salam buat sumer,

    trlupa bbrapa prkara lgi. bilakah prking akan dbuat. sperti yg tlah djanjikan oleh pppw dulu. hrap pppw srta jmb cpat mnyelesaikan prkara ini.
    pppw akan mnganjurkan kem bina smangat tk lgi. sya hrap dpt dmaklum kpda sya srta pnduduk lbih awal. hrap pppw dpat mnerangkan ddlam blog ini apakah tjuan kem tu, thap umur, byarannye, dmana srta sapa pngendali & klayakan.

    ReplyDelete
  3. ErkkKkk !!

    Yang DiPertua PPPW dengan Pengerusi JMB kena jawab ni. Hehehe

    ReplyDelete
  4. aku dengar paking ngah on d way la woii.

    ReplyDelete