Sunday, January 10, 2010

PENGUATKUASAAN SISTEM SATU RUMAH SATU PARKING

Terlebih dahulu pihak Jawatankuasa Persatuan dan JMB mengucapkan terima kasih atas sokongan tuan/puan semasa kerja-kerja mengecat lot parking berkenaan. Pembahagian lot parking ini dibuat atas permintaan penduduk untuk menjamin setiap penduduk mempunyai satu parking bagi setiap rumah dan pada perjumpaan yang diadakan pertengahan tahun lalu, penduduk sebulat suara bersetuju untuk menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada persatuan.

Pihak persatuan dan JMB telah memikirkan cara yang terbaik dalam proses pembahagian lot parking ini. Mungkin ada yang tidak berpuas hati dengan pembahagian lot parking ini, tetapi pihak persatuan mengambil suara majoriti penduduk yang bersetuju.

Penguatkuasaan sistem lot parking satu rumah satu parking ini akan bermula pada 11hb. Januari 2010. Semua penduduk diminta meletakkan kenderaan masing-masing pada petak parking yang telah ditetapkan untuk mereka. Tuan/puan tidak dibenarkan meletak kenderaan di petak parking orang lain, petak yang dicat palang kuning, loading bay dan pili bomba.

Sekiranya tuan/puan meletakkan kenderaan dilot parking orang lain atau ditempat yang tidak dibenarkan, kenderaan tuan puan akan dikunci dan dengan RM50.00 akan dikenakan untuk membuka kunci berkenaan.

Kerjasama dari semua penduduk amatlah diperlukan untuk menjayakan proses penguatkuasaan ini dan supaya tidak timbul sebarang masalah.

Sekian, terima kasih

YDP PPPW

8 comments:

  1. Bagi saya yg mempunyai 3 kreta rasa penbagian paking ni meyusahkan. Saya minta pesatuan memikirkan kepayahan peduduk yg menpunyai kreta yg lebih dr 1.

    ReplyDelete
  2. To resident assoc and jmb, congratulated !

    I as one of the residents in Waja really appreciated with what assoc and jmb had done. Good jobs! As i saw and read a lots of complaining in this blog, aisey friends... I really dont know why they had to complained. We suppossed to be glad and happy that at last all the residents here had get their own parking. My parking also quit far from my house in block 13A. But what to complain and quarrel. As 6 or 5 years living here we all know that here in waja there are not enough parking and space.
    So friends and neighbours, please stop arguing the parking lot that had been given to you. Dont keep thinking for your own sake and interest. Members of the resident assoc and jmb had done their good jobs for us. Do you want the previous jmb to take over again? No I dont think so, as they had done nothing to our community here. Let hope this jmb team under leadership of Shahidan continue their good performance and hold in other terms. So to residents assoc under Mr. Salim and their teams.

    Thank's guys...

    Residents of M13A.

    ReplyDelete
  3. Waahhh....waahhhh...

    kpd pengantar komen paling atas. saya syorkan supaya rajin rajinlah bukak suratkabar. dan carilah kot kot ada iklan rumah teres nak dijual.
    tak pun luangkanlah masa pegi melawat kwsn pangsapuri, kondo dan flat di bdr tasik permaisuri tu. pasti insaf punya.

    kepada persatuan penduduk & jmb......... syabas, tahniah! walaupun parking saya jauh sikit dari rumah. ok saya puas hati. ada kesilapan dan rungutan tak puas hati tu biasalah. jgn layan, lantak pi dgn depa.

    aku setuju dgn komen owang putih kat atas ni, aku tak rela jmb lama bawah tokey jimmy ambik balik. kerja satu habuk pun tak buat. jmb yg sekarang ni dah buat sumer takkan nak bagi blik kat depa yg tak bole harap tuh.

    terima kasih kpd persatuan & jmb kerna aku dah ada parking sendiri.... best.

    zali

    ReplyDelete
  4. Thank u 2 waja association & jmb's 4 d parking lots. After year's of waiting. Continue ur hard & good work 4 d waja community. I'll support u all.

    Tq

    Santhi

    ReplyDelete
  5. Salam sejahtera semua

    Telah saya baca semua pujian yg melambung diatas. Terpanggil saya utk mengulas sedikit tentang apa yg telah saya dengar dari beberapa jiran saya berbangsa cina dari blok 10 yg menurut mereka maklumat ini dtg dari bekas pengerusi jmb yg lama. Juga saya pernah minum semeja dengan salah seorang bekas org kuat persatuan yg sekarang mnenurutnya sedang dipinggirkan kerana dianiaya.
    Saya harap pertanyaan saya ini dapat perjelasan dari pihak persatuan penduduk serta badan pengurusan.

    1) Benarkah pengerusi persatuan mengaut keuntungan dari kos membuat parking kereta ini untuk dirinya sendiri serta ajk yg lain ?
    2) Berapa ribukah yg telah dibelanjakan oleh persatuan utk membuat petak parking ini ?
    3) Benarkah setiap ajk persatuan dan jmb mendapat komisyen dari projek ini ?
    4) Benarkah terdapat pilih kasih dlm sistem pembahagian petak parking ?
    5) Berapakah tender yg sebenarnya dibuka untuk projek ini ?
    6) Benarkah jmb yg lama dibawah sdr Jimmy telah dihalang oleh persatuan utk membuat perlaksanaan petak parking ini kerana sentimen bangsa ?
    7) Pihak persatuan tidak pernah mahu membantu jmb yg lama dahulu, benarkah ?
    8) Benarkah ajk jmb sekarang ini mengambil upah serta mengaut keuntungan memperbaiki rumah penduduk ?
    9) Benarkah pengerusi persatuan dan jmb mengunakan duit persatuan serta jmb untuk membayar makan minum bila berborak kosong setiap malam di restoran ?
    10) Benarkah ajk persatuan telah menganiaya bekas org kuatnya kerana politik dalaman ?
    11) Benarkah rumah bekas org kuatnya di serbu pencegah maksiat tanpa usul periksa kerana dengki ? ( Kalau benar kasihan pada anak beranak tersebut).
    12) Benarkah gaji bulanan pengerusi jmb mencapai 4 angka ?
    13) Benarkah perlantikan ajk jmb sebenarnya tidak sah ?
    14) Benarkah akaun jmb kelam kabut kerana byk pembaziran wang ?
    15) Benarkah jmb mengunakan wang sinking fund kerana kutipan tiap bulan tidak cukup ?
    16) Kenapakah tidak ada kaum lain dalam persatuan penduduk dan jmb ?
    17) Benarkah persatuan penduduk byk membuat aktiviti yg tidak berfaedah kpd penduduk serta membazirkan wang ?
    18) Benarkah 80% penduduk tidak setuju dengan projek parking ini ?
    19) Kenapakah penyata kewangan persatuan tidak pernah diumumkan ? Benarkah terdapat penyelewengan ?
    20) Benarkah persatuan penduduk ini sebenarnya tidak sah atau tidak berdaftar ?

    Saya harap pengerusi persatuan dan jmb dapat menjawab segala pertanyaan saya ini. Jika segala dakwaan ini benar, saya rasa eloklah segera semuanya meletak jawatan. TAPI, jika semua dakwaan yg saya dengar ini salah. Maka saya memohon seribu kemaafan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Serta elok dibuat laporan polis keatas org yang bertanggung jawab menyebabkan fitnah ini.

    Sekian,

    Melayu diblok M10.

    ReplyDelete
  6. hello boss. sepatutnya parking kat tepi blok 10 buat senget boss. nak masuk dan kuar kereta sosah la. tenkiu

    ReplyDelete
  7. salamelekom......

    aku nak syorkan kpada yg ada 3 ker 5 ker atau 10 bijik keta. Kalo 3 ato 4 bijik keta leh beli knapa umah teres takleh beli. pastu mana yg kate ada umah 800 ribu lah, kawin tan sri lah..... apa kate jgn bising & merapu mcm org bodoh kat sini pindah aje..... ok...

    penghuni M16

    ReplyDelete
  8. melayu diblok 10 sila hubungi aku untuk dapatkan jawapan untuk semua persoalan diatas k thanks

    khairi 0122170091

    ReplyDelete