Wednesday, January 13, 2010

Jawapan Balas Atas Pertanyaan Penduduk Blok 10

1) Benarkah pengerusi persatuan mengaut keuntungan dari kos membuat parking kereta ini untuk dirinya sendiri serta ajk yg lain ?
2) Berapa ribukah yg telah dibelanjakan oleh persatuan utk membuat petak parking ini ?
3) Benarkah setiap ajk persatuan dan jmb mendapat komisyen dari projek ini ?
4) Benarkah terdapat pilih kasih dlm sistem pembahagian petak parking ?
5) Berapakah tender yg sebenarnya dibuka untuk projek ini ?
6) Benarkah jmb yg lama dibawah sdr Jimmy telah dihalang oleh persatuan utk membuat perlaksanaan petak parking ini kerana sentimen bangsa ?
7) Pihak persatuan tidak pernah mahu membantu jmb yg lama dahulu, benarkah ?
8) Benarkah ajk jmb sekarang ini mengambil upah serta mengaut keuntungan memperbaiki rumah penduduk ?
9) Benarkah pengerusi persatuan dan jmb mengunakan duit persatuan serta jmb untuk membayar makan minum bila berborak kosong setiap malam di restoran ?
10) Benarkah ajk persatuan telah menganiaya bekas org kuatnya kerana politik dalaman ?
11) Benarkah rumah bekas org kuatnya di serbu pencegah maksiat tanpa usul periksa kerana dengki ? ( Kalau benar kasihan pada anak beranak tersebut).
12) Benarkah gaji bulanan pengerusi jmb mencapai 4 angka ?
13) Benarkah perlantikan ajk jmb sebenarnya tidak sah ?
14) Benarkah akaun jmb kelam kabut kerana byk pembaziran wang ?
15) Benarkah jmb mengunakan wang sinking fund kerana kutipan tiap bulan tidak cukup ?
16) Kenapakah tidak ada kaum lain dalam persatuan penduduk dan jmb ?
17) Benarkah persatuan penduduk byk membuat aktiviti yg tidak berfaedah kpd penduduk serta membazirkan wang ?
18) Benarkah 80% penduduk tidak setuju dengan projek parking ini ?
19) Kenapakah penyata kewangan persatuan tidak pernah diumumkan ? Benarkah terdapat penyelewengan ?
20) Benarkah persatuan penduduk ini sebenarnya tidak sah atau tidak berdaftar ?

JAWAPAN DARI PERTANYAAN DI ATAS.

1. Pengerusi dan AJK Persatuan tidak pernah mengaut keuntungan dari sebarang projek yang dilaksanakan, malahan terguna duit sendiri dalam projek berkenaan kerana kalau nak claim nilainya tidak begitu banyak.

2. Persatuan hanya melaksanakan projek parking ini. Kosnya ditanggung oleh pihak JMB yang bernilai RM17,000.

3. AJK Persatuan dan JMB tidak pernah mendapat apa-apa komisyen dari sebarang projek yang dilaksanakan. Sebarang projek yang dilaksanakan oleh Persatuan dan memperoleh keuntungan akan dimasukkan ke dalam akaun persatuan. Kami tak makan satu sen pun dari duit orang ramai.

4. Pembahagian petak parking mengikut turutan kedudukan tangga setiap blok. Terdapat beberapa blok yang menghadapi masalah pembahagian kerana bilangan lot parking yang terhad dan terpaksa mengambil lot parking blok yang lain. Tiada istilah pilih kasih dalam pembahagian lot parking ini.

5. Kita memperolehi 3 sebutharga (Boleh refer pada JMB nilai sebenar) a) RM19,000 lebih b) RM18,000 lebih dan c) RM17,000 lebih. Kita ambil yang c seperti nilai yang saya nyatakan di atas tadi.

6. JMB yang lama tidak mahu bekerjasama dengan Persatuan dalam perlaksanaan lot parking ini (Kata Saudara Jimmy, wang takda). Walaupun pihak persatuan mendesak supaya perlaksanaan lot parking ini dipercepatkan. Tuan-tuan sendiri tahu, persatuan telah memanggil semua penduduk berbincang di padang permainan bersama AJK JMB ketika itu. Kalau persatuan tidak mahu bekerjasama, buat apa kita panggil penduduk untuk berbincang.

7. Phak persatuan telah berusaha untuk membantu pihak JMB yang dahulu, tetapi saudara Jimmy memperlekahkan sebarang cadangan yang kita kemukakan. Contohnya projek lot parking dan autogate. Projek parking dia jawab duit tak da, projek autogate dia kata nanti palang ketuk kereta orang, kena petir dan sebagainya. Jangan salahkan persatuan dalam hal ini. Kita tengok sambutan hari keluarga yang persatuan anjurkan. Pihak persatuan menyediakan satu tempat untuk pihak JMB ketika itu untuk membuka kaunter bayaran dan pertanyaan, namun tiada seorang pun AJK JMB ketika itu yang hadir. Inikah yang dikatakan pihak persatuan tidak membantu?

8. AJK JMB tidak mengambil upah dalam sebarang kerja-kerja yang dilaksanakan. Mereka hanya mendapat elaun bulanan yang boleh diterima seperti termaktub dalam akta 663.

9. Bayaran makan dan minum kami bayar sendiri menggunakan duit masing-masing. Tidak ada satu sen pun duit JMB dan persatuan digunakan dalam hal ini. Kadang-kadang kita tolong bayar makan-minum orang yang dikatakan orang kuat ni. Kita minum tea 'O', dia minum Fresh Oren. Patutnya dialah yang bayar. Sebab dia baru lepas menang main golf.

10. Bekas orang kuat.

Sebenarnya dia ni bukan dari kalangan AJK persatuan ataupun JMB. Dia hanyalah seorang kawan sahaja yang selalu bergaul dengan AJK (Dahulu kawan, sekarang macam tak kawan dah).

11. Memang pencegah maksiat telah menyerbu rumah dia (yang dikatakan orang kuat, tak tahu sekuat mana?)

Memang patut pun pencegah maksiat membuat tindakan. Dia bersekedudukan dengan seorang perempuan yang didakwanya anak angkat. Mengikut syariat Islam, anak angkat (atau pun anak tiri) bukannya muhrim dan tidak boleh tinggal bersama dengan pasangan yang bukan muhrim. Kami sebagai kawan-kawan telah banyak kali memberi nasihat namun tidak diendahkan dan pihak kami telah refer pada pihak masjid dan JAIS. Pihak masjid menyatakan, jika benar pihak kami juga dikira bersyubahat dan akan menanggung dosanya sekali. Jadi pihak kami tidak mahu menanggung dosa yang orang lain buat. (Orang melayu kata dosa kering). Bukan itu sahaja, pihak persatuan dengan kerjasama masjid telah membuat tangkapan di blok M13A, malam raya kedua AidilAdha yang lepas. Alhamdulillah, hasil tangkapan itu, mereka sekarang dah diijab kabulkan. Inilah yang kita mahu. Mencegah kemungkaran dan mengujudkan kebaikan)

2. Gaji bulanan Pengerusi JMB mencapai 4 angka. Gaji tu dia terima dari syarikat yang dia bekerja. Bukan dari JMB. Pengerusi JMB hanya mendapat elaun sebanyak RM200, Setiausaha, bendahari RM150 dan AJK RM100 sebulan sebagai elaun yang dibenarkan mengikut akta 663. (Tapi kerja tak tentu masa sampai ke pagi, dapat elaun taklah sebanyak mana).

3. Perlantikan AJK JMB dibuat pada EGM yang lepas oleh penduduk yang hadir dan EGM itu adalah sah dan diterima oleh COB mengikut peruntukan akta 663.

4.Akaun JMB sekarang ini sudah stabil atas usaha Pengerusi dan AJK JMB yang baru ni.

Akaun JMB ini diterima daripada JMB yang terdahulu dalam nilai RM0 yang telah ditinggalkan oleh saudara Jimmy. Saya pun tak tahu macammana akaun JMB yang lalu boleh jadi zero. (Kena tanya saudara Jimmy pengerusi JMB yang lepas). Saudara Jimmy juga telah meninggalkan hutang bayaran sewa pejabat JMB, bayaran insurance bangunan(AJK JMB yang baru terpaksa kutip semula dari penduduk selepas mengambil alih jawatan dari AJK lama)dan cukai tanah yang tidak dibayar serta tunggakan bil-bil elaktrik serta bil air yang mencecah ribuan ringgit. Semua ini telah diselesaikan oleh Pengerusi dan AJK JMB yang ada sekarang ini. Kita boleh check akaun yang ditinggalkan oleh Jimmy ini di pejabat JMB yang masih belum diaudit walaupun bayaran audit telah dibuat oleh saudara Jimmy kepada syarikat audit berkenaan. Saudara boleh check akaun JMB sekarang, yang dapat menjana kewangan secara berkesan dan teratur selepas kita laksanakan penguatkuasaan autogate.

15. JMB menggunakan duit sinking fund bagi perlaksanaan autogate (Telah mendapat kelulusan daripada COB dan mesyuarat EGM yang lepas. Penduduk sebulat suara meluluskan pengguna sinking fund sebanyak RM50,000.00 untuk 3 kegunaan iaitu : Autogate, penyediaan lot parking dan penurapan jalan yang rosak) Surat kebenaran/kelulusan dari COB menggenai penggunaan sinking fund ini boleh dirujuk di pejabat JMB)

16. Kenapa tidak ada kaum lain dalam persatuan penduduk dan JMB. (Boleh lihat pada senarai AJK yang kita tampal disetiap blok dahulu - telah dikoyakkan oleh mereka yang tidak bertanggung-jawab)

Maklumat yang saudara terima salah dan tidak benar. AJK Persatuan terdiri daripada En. Pun Che Wa (seorang berbangsa cina dari blok 11), En. Maitin (seorang yang berasal dari Sabah (Tidak diketahui berbangsa apa) - Blok 10)

AJK JMB diwakili oleh En. Kumar (Bangsa India) dari blok 16

Jadi tidak timbul kaum melayu memonopoli jawatan dalam persatuan dan JMB.

17. Aktiviti yang dilaksanakan oleh persatuan penduduk semuanya mempunyai manafaat kepada penduduk.

Pada tahun lepas, persatuan telah menganjurkan hari keluarga bagi merapatkan hubungan silaturrahim dan semanggat kejiranan di kalangan penduduk. Penganjuran hari keluarga ini juga telah menggubah akaun persatuan dari RM1500.00(hanya duit ahli sahaja ketika itu) melonjak ke RM5353.00 (pertambahan atas keuntungan yang diperolehi dari penaja-penaja seperti Telekom Sale KL, Takaful, Hong Leong Bank, CNI Jutawan, YAB ADUN Balakong, Vico, Jusco, Bintang, Tesco dan kedai-kedai disekitar pangsapuri kita) Adakah ini yang dikatakan menyelewengkan duit persatuan dan tidak memberi manafaat kepada penduduk? (Bagi penduduk yang tidak ingin bercampur dengan masyarakat mungkin aktiviti ini tidak berfaedah kepada mereka.)

Selain itu majlis sambutan hari raya Aidilfitri (bertujuan mengeratkan hubungan sesama jiran tetangga), Kejohanan Futsal antara blok Waja yang disertai oleh penduduk Pangsapuri Waja ini dengan sambutan yang begitu mengalakkan (bertujuan mengujudkan penduduk yang aktif disamping boleh mengenali sesama penduduk), Majlis sembahyang hajat di Padang permainan (untuk meminta dijauhkan daripada ancaman pecah rumah - [adakah yang bertanya hadir pada majlis tersebut]). Walaupun majlis ini di khususkan untuk orang Islam, tetapi ada di kalangan penduduk yang berbangsa Cina hadir pada majlis tersebut memberi sokongan, Program motivasi pelajar di Pangsun (Melatih anak-anak cara berdikari dan memotivasikan diri yang disertai oleh anak-anak berbagai bangsa seramai 50 orang) dan banyak aktiviti lagi yang dijalankan untuk penduduk termasuk pembahagian lot parking ini. ADAKAH SEMUA AKTIVITI INI TIDAK MEMBERI FAEDAH KEPADA PENDUDUK?

Dan semua aktiviti yang persatuan jalankan ini semuanya menjana kewangan kepada persatuan melalui penaja yang kita dapat atas usaha AJK semua. (Kita boleh lihat akaun yang akan dipaparkan nanti. Hanya setahun sekali bukan tiap-tiap bulan)

Dan yang paling memberi kesan kepada penduduk adalah kerjasama Persatuan Penduduk dengan pihak TV3 membuat liputan di Pangsapuri Waja ini mengenai Kebanjiran Warga Afrika yang disiarkan secara bersiri dalam Buletin Utama. Perkara ini dimajukan kepada Kementerian Dalam Negeri dan seterusnya dibahaskan di dalam sidang Parlimen sehingga berlanjutan kepada operasi besar-besaran menangkap warga Afrika ini diseluruh Malaysia, termasuk di kawasan kita sehingga tertutupnya Cafe Joerfa (African Cafe - tempat berkumpul warga Afrika ini) dihadapan kawasan perumahan kita ini dan menggurangkan kebanjiran warga Afrika ini di kawasan kita. ADAKAH INI AKTIVITI PERSATUAN YANG TIDAK MEMBERI MANFAAT DAN FAEDAH KEPADA PENDUDUK?

18. Penduduk yang hadir pada perjumpaan diantara persatuan dan penduduk 100% bersetuju supaya pembahagian lot parking ini dilaksanakan dengan segera dan bersetuju menyerahkan kepada persatuan dan JMB (Ketika di bawah kelolaan Saudara Jimmy) untuk mengatur lot parking berkenaaan. Namun bila perbincangan dibuat dengan JMB ketika itu, pihak JMB menolak untuk melaksanakan projek ini.

19. Tidak terdapat penyelewengan dalam penyata kewangan persatuan. (Malah kita menjana kewangan persatuan dengan lebih efektif).Penyata kewangan akan diumumkan kepada semua ahli(ahli sahaja, yang bukan ahli tidak layak - yang belum jadi ahli silalah menjadi ahli) setahun sekali iaitu bulan Mac. Sebab kita mesyuarat agung yang pertama bulan Mac 2009, maka akaun persatuan akan dipaparkan dan dihantar kepada setiap ahli pada 31hb. Mac 2010. (nanti boleh lihat, adakah penyelewengan yang berlaku. Jika ada pihak kami menyarankan ahli buat laporan pada SPRM dan pihak kami rela berundur diri. Jika Penyata kewangan kami telus dan amanah, berilah sokongan dan semangat kepada kami untuk memberi khidmat pada masyarakat)

20. Persatuan Penduduk kita adalah sah disisi undang-undang dan telah didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan atas Nama Persatuan Pendududk Pangsapuri Waja, Taman Tun Perak Cheras, Kuala Lumpur dengan nombor pendaftaran 1833-08-WKL (Boleh semak di pejabat pendaftar pertubuhan)

KALAU TAK DAFTAR ATAU TIDAK SAH, MACAMMANA NAK BUKA AKAUN BANK. Pihak bank memerlukan nombor pendaftaran pertubuhan, baru boleh buka akaun pertubuhan. Kalau tak percaya cuba pergi tanya pihak bank.

Jadi, saya sebagai Yang Dipertua Persatuan penduduk, berharap penjelasan yang diberikan dapat memuaskan dan menerangkan keadaan dan perkara yang sebenar tentang situasi yang dikemukakan.

Untuk Penjelasan dan mengetahui tentang aktiviti Persatuan dan JMB, jangan segan silu bertanya dan berbincang dengan AJK-AJK yang terlibat. Jangan bertanya pada pihak ketiga yang mungkin jawapan yang diterima tidak tepat dan mengelirukan.

Seelok-elok dan semolek-moleknya, bergaullah dengan masyarakat supaya semangat kejiranan kita teguh dan utuh untuk menjamin kesejahteraan dan keharmonian kita di Pangsapuri Waja ini.

UNTUK PENGETAHUAN SEMUA, AHLI PERSATUAN CUMA 150 ORANG SAHAJA. YANG LAIN BELUM MENDAFTAR SEBAGAI AHLI.

SATU LAGI AKTIVITI PERSATUAN YANG AKAN MEMBERI MANFAAT DAN FAEDAH KEPADA PENDUDUK AKAN DIANJURKAN, IAITU PERLAKSANAAN KHAIRAT KEMATIAN MELALUI TAKAFUL. DIHARAP SEMUA PENDUDUK AKAN MENYERTAI PROGRAM INI. BORANG AKAN DIEDARKAN SEDIKIT MASA LAGI

Sekian, terima kasih

Salim bin Abas

Yang Dipertua

Persatuan Penduduk Pangsapuri Waja

Taman Tun Perak Cheras, Kuala Lumpur

No pendaftaran Pertubuhan (1833-08-WKL)

16 comments:

  1. Dalam jawatankuasa Persatuan Penduduk Pangsapuri Waja (PPPW) tiada mainan politik. Mereka yang di lantik sebagai AJK berkhidmat secara sukarela. So, tiada langsung kaedah untuk menganiaya, mensabotaj, mengkhianat, dengki atau apa2 lagi dalam PPPW. Semua pemegang jawatan didalam PPPW adalah seperti adik beradik walaupun berbilang bangsa.

    Segala dakwaan yang anda dengar adalah -- Bullshit !! Segala dakwaan yang anda dengar itu adalah dari orang yang merasa malu pada dirinya sendiri!! Atau pun dari orang yang tidak tahu malu.............

    Negara kita mempunyai undang2. Pihak JMB dan PPPW menjalankan tanggungjawab mereka mengikut lunas undang2 serta akta perlembagaan yang sah.

    Kami pihak AJK PPPW tidak pernah pun menyentuh duit PPPW untuk memenuhi poket kami atau membelanjakan wang itu untuk perut kami apatah lagi menyara keluarga kami!!

    Diwaktu anda enak dibuai mimpi indah, memeluk kekasih hati.... kami bersengkang mata hingga tiga atau empat pagi menjalankan tanggungjawab untuk kesejahteraan dan keselesaan anda.


    Waja kita, Wajah kita...

    Syed

    ReplyDelete
  2. Aku rasa cerita ni datang dari mamat BMW tu dengan Jimmy. Sebab hari tu dia kena tangkap dengan orang Masjid. Aku setuju sangat dia kena tangkap sebab kalau kita tak report sedangkan kita tahu dia buat maksiat. Besok bila kita mati, sapa nak jawab. Kita jugak kena jawab. Lepas tu malaikat balun kita sebab subahat dengan mamat ni buat maksiat. Aku pun tahulah mana dia belajar kata anak angkat boleh tidur serumah dia dia berdua-duaan. Mungkin rasul melayu tu kut yang kata boleh. Tahniah bagi yang buat report tu. Aku setuju sangat.

    Yang Jimmy ni pun satu. Dulu masa ada jawatan dalam JMB tak nak pulak buat keja. Semua orang suruh buat jawab tak bolehhhh. Lepas orang lain bolehhhh buat cantik-cantik dia menyibuk pulak kata orang ni tak betul lepas tu kempen nak ambik balik jawatan. Macam orang gila talak.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih diucapkan di atas segala usaha & penerangan tersebut.
    Komen & cadangan saya ialah:
    Untuk no 4 diharapkan pihak persatuan melihat pembahagian petak di blok M16&M15 kerana secara kebetulan saya nampak tidak seperti yg dinyatakan iaitu ajk & kroni diletakkan berhampiran dgn tangga(persatuan sila pantau adakah no petak tersebut mengikut susunan - bukti secara nyata menunjukkan susunan secara rawak disusun atau mungkin pilih kasih

    No 5 sesiapa yg tak setuju dgn kos tender tersebut boleh membuat laporan kepada pihak SPRM & sertakan bukti bahawa kos tersebut boleh kurang drp RM17k dan dapatkan juga bukti sekiranya ketiga2 tender yg berjaya tersebut melalui syarikat yg sama atau drp kroni2

    Berkenaan dgn perkara maksiat tersebut diharapkan janganlah menceritakan secara direct orang yg terlibat cuma memadailah dengan makluman secara umum sahaja. Daripada semua penduduk lain tidak tahu sekarang semua sudah tahu, ini akan mengaibkan atau menjatuhkan maruah orang yg terlibat.

    Sekian Terima Kasih

    ReplyDelete
  4. salam sumer,,,

    bila dah pbagai benda dbuat. mcam mcam pulak citer kluar. patutnyer bsyukur dgn apa diowang ni dah buat. kalu sumer ajk jmd prsatuan letak jwatan, yg byak komplen ni nak ker ambik alih. bole ker buat keja mcam diowang ni buat. ntah ntah lgi truk,,,,,,,

    adi waja

    ReplyDelete
  5. lorrr.......

    bila buat maksiat depa ni tak tau malu. selamba jer depa usung anak dara depan anak bini kita. dah kena tangkap basah awat lak nak malu aikhh... tanggung la ni. yang kita yang islam ni dok tanggung dosa depa buat maksiat nak letak malu kat mana?
    aku pun dok dah peratikan yg kat mamat atas ni kata ajk atau apa ka nama.... KRONI. dapat parking dekat tangga. aihh... pelik gak ada owang kuat depa ni umah bawah lagi dok lak jalan punya lor jauh nak ke parking dia. satu lagi non kroni diblok 16 dah la duk tingkat 4 parking pun nun jauh gak. aikkh... dah adil ler tu.... lagi pun depa ni yg penat buat keja memang patut depa dapat keistimewaan. kita ni yg dok relak kat umah goyang kaki, malam jumaat peluk bini, tidur cukup..... terima ajelah. janganlah nak banyak komplen.
    kot kot yg komplen kat atas tuh nak parking dekat kot umah kot. rasenya kalu nak parking depan pintu umah elok la cari umah teres jer.... yer dak
    depa ni buat dah kira ok dah. dulu tak dak pun bising parking jauh.

    bersyukur ajelah.....

    tuan haji

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    Saya sebagai salah seorang AJK dalam Persatuan Penduduk Pangsapuri Waja mengalu-alukan jika anda yang tidak berpuas hati atau jika ada yang merasa ragu dengan tender perlaksanaan petak meletak kereta ini.

    Silalah buat laporan ke SPRM ataupun POLIS.

    Tiada apa yang hendak kami sorokkan. Kami hanyalah penduduk di Pangsapuri ini seperti anda yang dilantik menjadi AJK dan menjalankan segala tanggung jawab kami secara sukarela untuk keselesaan, kerharmonian dan keselamatan anda.

    Bidang pengurusan bangunan, mengecat petak meletak kereta dan lain2 bukanlah kepakaran dan kerjaya kami. Kami tiada pengalaman pun.

    Tentang istilah kroni2 ini. Sebenar tiada istilah kroni bagi kami. Untuk pengetahuan saudara di atas ada diantara 'kroni2' ini sendiri yang tidak berpuas hati dengan petak meletak kereta mereka. Kebanyakkan request 'kroni2' yang saudara maksudkan tidak kami layan. Oleh itu, tiada istilah pilih kasih mahupun kroni.

    Saya berpendapat saudara sebenarnya tidak melakukan siasatan yang menyeluruh. Saudara cuma serkap jarang. Cubalah saudara dapatkan senarai AJK PPPW serta JMB. Semaklah parking mereka2 ini.

    Jika saudara masih mahukan kepastian serta kesahihan. Saudara boleh menghubungi / sms YDP PPPW Encik Salim Abas dan Pengerusi JMB, Encik Sahidan melalui no hp mereka yang tertera di dalam notis petak meletak kereta telah di berikan kepada saudara dan setiap rumah.

    Yang Baik adalah dari ALLAH, Yang tak Baik adalah dari kami............

    Sekian

    Terima Kasih

    Syed @ 0192727434

    ReplyDelete
  7. Hi all,

    As four years living here, I think's this early years is the best year for me. Why ? Because I've already got my own parking.
    To RA and Maintanance teams, congratulation guys! Yours team is best since previous developers and previous maintanance under that chinese guy (sorry, i forgot his name).

    As a newcomer for this blog, I hope this blog will continue giving a latest developments and news for this community.

    To all committees of ra and maintanance teams, I wish good luck and continue your good samaritans and hard working.

    Thank you for the parking.

    Joyce

    ReplyDelete
  8. salam sejahtera semua

    saya sebagai salah sorang yg rpt dgn ajk pesatuan & jmb. ini pemerhatian saya. boss jmb en sahidan adalah org yg paling berjimat bila bab mengeluarkan duit jmb utk sesuatu projek d tempat kita. sementara bendahari pesatuan en azian adalah org paling menitik beratkan hal kluar masuk duit pesatuan. kalu nak d istilahkan mereka bedua ini adalah org paling kedekut d tempat kita ini.
    tentang parking pulak, saya bukanlah kroni. tp saya adalah jiran mereka mereka ini. sudah pastinyer saya mengambil berat hal kewangan dua bdn ni. jika saya tau mereka menyeleweng, saya adalah org petama yg akan pertikaikan & menentang.
    pd mulanya saya juga tak puas hati parking saya. tp apa boleh buat semua telah d buat. saya terima ajelah. janji saya ada parking sendiri.

    terima kasih

    wassalam

    'kroni' M16

    ReplyDelete
  9. Salam semua,
    Apabila membaca komen-komen dari Blog ini saya terpanggil untuk memberikan sedikit komen yang tak seberapa ini. Pertama sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ajk-ajk Persatuan Penduduk Waja dan juga JMB kerana telah bekerja kuat tanpa memikirkan wang semata-mata dan telah menukarkan sebuah pengurusan yang boleh dianggap tidak berfungsi sebagai sebagai organisasi yang "hidup" untuk kebajikan para penduduk sendiri.
    Saya juga berasa amat sedih apabila beberapa ketika yang lepas apabila orang kuat Persatuan memohon mengundur diri akibat tekanan dan tindakan beberapa orang yang tidak berpuas hati dengannya dengan memberi komen yang agak pedas dan orang kuat ini menyepi agak lama sebelum dia kembali menyertai Persatuan,terima kasih saudara syed kerana kembali. Saya juga gembira beberapa penduduk bersatu untuk memajukan dan membuat kebaikan kepada Pangsapuri WAJA tanpa memikirkan faktor wang,walaupun saya tidak lama tinggal di WAJA,tetapi kesungguhan penduduk ini membayangkan mereka serius dalam membuat apa jua program dan yang paling mendapat tumpuan adalah projek membanteras warga Afrika untuk penduduk WAJA,saya juga tidak nampak apakah penyelewengan yang dilakukan kerana akaun persatuan tidaklah sebesar mana,dan jika ada saya juga berjanji akan memberikan kerjasama sekiranya ada penyelewengan dan saya akan membantu membawa perkara ini ke muka pengadilan.
    Akhir kata saya akan menyokong dari luar dan kepada Persatuan Penduduk dan JMB teruskan usaha murni anda semua,
    Sekian terima kasih.

    SIMOZ

    ReplyDelete
  10. Salam semua, saya penduduk di blok m13 ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada ajk penduduk kerana telah bersusah payah bekerja dan berpenat lelah untuk merealisasikan apa yang semua penduduk Waja nikmati sekarang. Terima kasih sekali lagi. So kepada penduduk yang tak tahu nak bersyukur dan berterima kasih tu insaflah...

    ReplyDelete
  11. Tahniah kpd jmb dan persatuan kerna berjaya melaksanakan parking buat setiap rumah. dulu susah nak park kereta skrg senang.
    Cuma beberapa pekara yg saya nak komplen disini iaitu saya hrp jmb dan persatuan melihat keadaan jalan ditempat kita yg berlubang, dahan pokok yg tak ditebang serta masih ada anjing liar bekeliaran bermakna masih ada pagar yg berlubang.
    saya hrp jmb dan persatuan dpt mengambil berat pekara ini.

    terima kkasih

    mat m11

    ReplyDelete
  12. tima kaseh ler atas pembahagian parking keta. pening gaklah nengok no umah kat parking keta berterabur. x taulah mcm mana depa membahagikan parking keta nie. apapun tima kaseh ler lagi skali. yng peting dapat parking sendiri. harap pihak berkaitan dpt ler memikirkan hal lain lak mcm lampu jalan kat parking tu suram ler. seram ler jugak kalo balik malam. pulak tu dengor ada hantu. betoi ker? satu lagi takut gak kalo negro tu kacau dah ler gelap. napa ada tempat ada lampu kaler putih tempat lain lak kaler kuning. buat ler sumer kaler putih. pastu pasang ler lampu kat penjuru yg gelap tuh. kalo boleh kat pdg tu pun pasang ler lampu.
    ok tu jer

    tima kaseh yer

    ReplyDelete
  13. allo brooo,

    Salam....ehh..tak jadik aaa salam! nak kata pendek je.....mula2 ketawa...kah kahkahkahkahkahkaha...
    muakakkakakakka...
    hehehehhehehehhehe.....
    wakakakakkakakkaka.....
    boingboingboingboingboing......

    nape la korang ni suka dengar sangat bida'ah dan juga umpatan dan juga gosip dan seterusnye.... camni la... mamat pengerusi JMB lama tu dah gila nak kan jawatan PENGERUSI JMB.. dia dah dapat hidu, tak lama lagi akaun JMB akan penuh! dan akaun JMB skang dah takde utang( utang pun dia yang longgokkan!) korang nak lantik dia balik ke?....
    hahahahhahaha.....
    aku baca soalan2 yang panjang lebar tadi tu, rasa geli hati dan nak menagis pun ada!... nak ketawa sebab semua soalan hanya berdasarkan FITNAH dan BIDA'AH! nak menangis sebab nape la ada org yang punya hati busuk camtu! dan yang bertanya pun bagus jugak! cuma tanya le kat org yang betul! takyah masuk blog! sebab BENDA YANG KARUT KALAU DISEBARKAN DAN DIKATAKAN HARI2 AKAN DITERIMA RAMAI9 SEBAGAI BENARRR....

    salam...

    Jimmy!....muahahahahhahahaaa...kahkahkahkahkah....ekekekekekkekekee...kahkiok...wakakakakkakaka... dey! poddahhh...

    ReplyDelete
  14. Apapun.. sekalung tahniah kepada semua AJK Penduduk Pangsapuri Waja serta semua pihak yang terlibat secara lansung dalam menjayakan parking lot dan juga lampu.. moga kalian diberkati dalam melakukan usaha murni ini..

    ReplyDelete
  15. hai. harap phak jmb dan psatuan dapt bertindak tegas trhadap penghuni-2 yg meletakkan kendraan dtempat-2 yg x spatutnya.

    t'kasih

    ReplyDelete